Wednesday, 17 July 2013

Tinta Pembuka Bicara

Tiada seindah kalimah pembuka bicara melainkan Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca coretan idzaneyzakaria.blogspot.com.

Tidak lengkap bicara ini tanpa mengungkapkan selawat kepada Nabi junjungan tercinta, Muhamad s.a.w. Ungkapan yang memberikan kelebihan kepada pengucapnya iaitu Allah berselawat ke atasnya sebanyak sepuluh kali.

Memori yang masih terlekat di sanubari saya, bersekolah di PASTI Ipoh, masih segar. Menjejak kaki di SK dan SMK St. Michael (Ipoh) dan sempat bersekolah di SMK Mahsuri,Langkawi, saya mengorak langkah bertapak di Maktab Tentera Diraja. Pengalaman selama 4 tahun di sekolah ala tentera mengajar saya cekal dalam menempuh kehidupan yang penuh pancaroba.

Titik permulaan terjebak di dalam dunia keusahawan bermula dari kolej matrikulasi. Bertempat di KMPP, Kepala Batas, pensyarah merangkap penyelaras Kadet KMPP,En Ghani mengajak saya menceburi peluang berniaga di bazar Ramadhan.Almaklumlah, waktu itu saya selaku ketua kadet,bagai lembu dicucuk hidung, akur dengan hasrat pensyarah.

Hanya berbekalkan tawakal, saya dan pensyarah mula membuka gerai menjual air tebu dan kuih-muih hasil tangan penduduk sekitar Kepala Batas. Pensyarah mengeluarkan modal, saya mengeluarkan peluh. Hasilnya,  sebanyak RM500 sebagai imbuhan setelah hampir 3 minggu menguruskan gerai di bazar. Satu pencapaian yang memuaskan saya kira sebagai seorang pelajar pada waktu itu.

Langkah tidak terhenti di situ. Peluang mematangkan diri terus dilanjutkan dengan kemasukan ke UTM Skudai.Cukup jauh dari keluarga yang berada di nun jauh di utara. Namun, saya yakin,IPTA seperti UTM turut menjanjikan peluang yang perlu direbut oleh segenap mahasiswa.

Tahun pertama sehingga tahun ketiga di UTM, hanya sekadar bilik-dewan kuliah-masjid-usrah-bilik semula. Tiada yang menarik yang mampu dicoretkan. Hanya bila memasuki tahun keempat, barulah berkira-kira memulakan bisnes. Tawaran dari seorang brother Usrah iaitu menjalankan perniagaan kereta sewa di UTM, disambut saya.

Mengendalikan perniagaan kereta sewa(hanyalah sekadar sebuah kereta kancil 660cc manual), umpama satu perniagaan yang besar. Perlu mengatur jadual setiap pelanggan yang menempah. Tempoh sewaan bermula dari sejam. Purata pendapatan saya ketika itu adalah sebanyak RM 400-RM 500 sebulan, setelah ditolak duit bulanan kereta dan sebahagian keuntungan kepada Brother usrah itu.

Di samping itu, saya mengambil peluang dengan menghubungi ejen dari sebuah syarikat elektronik, bagi membekalkan peranti elektronik. Saya lihat pada ketika itu, barangan peranti elektronik agak mahal sekiranya membeli dari kedai di Taman Universiti Skudai. Maka, saya mengambil langkah proaktif dengan menyediakan harga yang lebih kompetitif, dan hasilnya keuntungan hampir mencecah RM800 sebulan.

Apabila tamat bergraduasi dari UTM, saya bekerja dengan sebuah syarikat elektronik Jepun di Tebrau selama 3 bulan, sebelum sebuah syarikat penyedia Internet memanggil saya untuk bekerja di bawah mereka. Saya ditempatkan di kawasan MSC, dan ketika itu bisnes yang saya jalankan ialah tuisyen dari rumah. Bisnes ini saya teruskan setelah berkahwin dengan gadis pilihan hati(boleh lawati blog beliau IryaniAhmad ).

Pada ketika ini, saya bekerja sepenuh masa dengan syarikat penyedia Internet dan di samping itu, membantu isteri menjalankan perniagaan coklat beliau.















1 comment:

  1. "Artikel yang sangat bermanfaat. Saya percaya ramai ibu yang nak amalkan tips ni tapi tak ada masa! Jom, pergi ke website pasal pengurusan masa ibu bekerja yg super sibuk dan nak jadi supermommy. Alhamdulillah, dah beribu-ribu ibu bekerja yang transform dan boleh amalkan parenting dan didik anak2 setiap hari. https://www.facebook.com/efficient2me?ref=aymt_homepage_panel
    "

    ReplyDelete